Utama › Panduan › Kosongkan storan iPhone

Storan iPhone Penuh? 8 Cara Kosongkan Ruang Tanpa Padam Gambar

Mula di Settings › General › iPhone Storage untuk melihat apa yang paling banyak mengambil ruang. Biasanya WhatsApp, gambar dan video adalah puncanya. Lapan cara ini boleh dibuat tanpa memadam gambar penting.

8 cara kosongkan ruang

  1. Bersihkan WhatsApp. WhatsApp › Settings › Storage and Data › Manage Storage. Padam video dan fail besar yang tidak diperlukan, terutamanya daripada kumpulan.
  2. Offload app yang jarang digunakan. Di iPhone Storage, hidupkan Offload Unused Apps. App dibuang tetapi datanya kekal, dan boleh dimuat turun semula.
  3. Kosongkan Recently Deleted. Gambar yang dipadam masih menggunakan ruang sehingga 30 hari. Photos › Albums › Recently Deleted.
  4. Hidupkan Optimize iPhone Storage. Dalam tetapan Photos, pilihan ini menyimpan gambar asal di iCloud dan versi lebih kecil dalam telefon. Anda perlu ruang iCloud yang mencukupi.
  5. Padam video lama yang besar. Dalam Photos, buka Media Types › Videos dan pindahkan video panjang ke komputer dahulu.
  6. Kurangkan tempoh simpan mesej. Dalam tetapan Messages, tukar Keep Messages kepada 1 Year atau 30 Days.
  7. Buang muat turun. Padam fail dalam app Files, serta rancangan yang dimuat turun dalam Netflix, Spotify dan YouTube.
  8. Kosongkan data Safari. Dalam tetapan Safari, pilih Clear History and Website Data. Anda akan dilog keluar daripada laman web.

Pada iOS 18 dan ke atas, tetapan untuk app Apple seperti Photos, Messages dan Safari berada di bawah Settings › Apps.

Elak penuh lagi

Masih tak cukup?

Jika storan selalu penuh, mungkin sudah tiba masa menukar kepada iPhone dengan storan lebih besar. Semak anggaran harga iPhone lama anda untuk membantu bayaran telefon baru.

Soalan lazim

Kenapa “System Data” iPhone besar sangat?

System Data termasuk cache dan fail sementara. Ia biasanya berkurang selepas telefon dimulakan semula atau selepas data app seperti Safari dikosongkan.

Adakah Offload App memadam data saya?

Tidak. Hanya app dibuang, dokumen dan data app kekal. Data kembali apabila app dimuat turun semula, selagi app itu masih ada di App Store.

Adakah Optimize iPhone Storage memadam gambar?

Tidak. Gambar asal disimpan di iCloud. Tetapi jika ruang iCloud penuh, gambar baru tidak akan disandarkan.

Berapa harga iPhone anda?

Panduan berkaitan

WhatsApp kami