Utama › Panduan › Senarai semak sebelum jual

Senarai Semak Sebelum Jual iPhone: 9 Perkara Wajib Buat

Sebelum jual iPhone, sandarkan data, pindahkan WhatsApp, app bank dan eSIM, log keluar iCloud, kemudian padam telefon. Ikut urutan di bawah supaya data anda selamat dan tiada akaun yang terkunci.

Sebelum padam telefon

  1. Sandarkan data. Settings › [nama anda] › iCloud › iCloud Backup › Back Up Now. Semak tarikh sandaran terakhir sebelum teruskan.
  2. Sandarkan WhatsApp. WhatsApp › Settings › Chats › Chat Backup › Back Up Now.
  3. Pindahkan app bank dan kod pengesahan. Daftarkan app bank dan app authenticator pada telefon baru dahulu, sementara telefon lama masih boleh menerima pengesahan.
  4. Pindahkan eSIM. Pastikan nombor anda sudah aktif pada telefon baru. Jika guna SIM fizikal, simpan kad itu selepas telefon dipadam.
  5. Nyahpasang Apple Watch dan peranti lain yang dipasangkan.

Padam telefon

  1. Log keluar iCloud. Settings › [nama anda] › Sign Out. Ini mematikan Find My dan Activation Lock. Lihat langkah penuh.
  2. Padam semua data. Settings › General › Transfer or Reset iPhone › Erase All Content and Settings. Tunggu sehingga skrin “Hello” muncul.

Sediakan untuk pembeli

  1. Cas bateri sekurang-kurangnya 30% supaya telefon boleh diuji.
  2. Sediakan kotak asal jika masih ada. Kami tambah RM 50 pada harga.

Sudah sedia? Dapatkan anggaran harga dan tempah pickup percuma di WhatsApp.

Soalan lazim

Perlu padam iPhone sendiri sebelum jual?

Elok dibuat sendiri supaya anda pasti data sudah dipadam. Jika belum sempat, kami boleh padamkan bersama anda semasa pickup.

Adakah gambar saya hilang selepas padam telefon?

Gambar yang sudah disandarkan ke iCloud atau komputer kekal selamat. Semak sandaran dahulu kerana padam telefon membuang semua data dalam telefon itu.

Perlu bawa kotak dan pengecas?

Tidak wajib. Kotak asal menambah RM 50 pada harga, tetapi telefon tanpa kotak tetap dibeli.

Berapa harga iPhone anda?

Panduan berkaitan

WhatsApp kami